Oleh
Dr. Mohd Nahar Mohd Arshad
Kuliah Ekonomi dan Sains Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Malaysia sedang menghadapi proses transisi sosial dan ekonomi yang besar akibat dari pelbagai agenda transformasi yang diumumkan kerajaan. Agenda transformasi yang diumumkan menunjukkan adanya kesanggupan politik untuk merubah landskap sosio ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Terbaru, kerajaan mengumumkan dasar gaji minimum bagi sektor swasta. Dasar baru ini menuntut pelbagai pihak bersedia menghadapi cabaran dari transisi yang akan melanda.
Perlaksanaan gaji minimum ada pro dan kontranya. Dengan penetapan gaji minimum, diharapkan keperluan asas pekerja di peringkat sektor bawahan dapat dipenuhi dengan gaji minimum yang diterima.
Namun, beberapa cabaran dalam melaksanakan dasar gaji minimum memerlukan pemantauan yang berterusan. Antaranya, akan berlaku kenaikan dalam kos pengeluaran barangan dan perkhidmata berikutan kenaikan upah buruh. Para pengeluar biasanya akan memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna. Akibatnya, akan berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Bagi para pengeluar yang menghasilkan barangan kawalan, kenaikan harga tidak boleh dibuat semudah suka. Untuk menghadapi kenaikan kos, pengurangan pengambilan tenaga kerja mungkin berlaku.
Unjuran oleh Kementerian Sumber Manusia menjangka, kadar pengangguran untuk 2012 sehinggan 2014 menunjukkan, RM800 gaji minimum akan membawa kepada 0.1 peratus kenaikan kadar pengangguran. Manakala gaji minimum RM900 akan membawa kepada hampir 0.5 peratus kenaikan kadar pengangguran.
Terdapat juga kajian menunjukkan gaji minimum akan memnggalakkan penglibatan pekerja tempatan dalam sektor bawahan yang selama ini kebanyakannya diisi oleh pekerja asing. Anak tempatan seharusnya mengisi segenap peluang pekerjaan di negara ini terutama dengan adanya gaji yang lebih baik.
Namun, pemantauan oleh agensi kerajaan juga perlu untuk memastikan kegiatan mengambil pekerja tanpa izin berleluassa. Berikutan upah yang semakin tinggi, para majikan yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan pekerja tanpa izin untuk mengurangkan kos.
Impak gaji minimum ke atas industri kecil dan sederhana (IKS) juga perlu dipantau. Hampir 59 peratus tenaga kerja di Malaysia diserap oleh IKS. IKS di Malaysia bersifat intensif buruh. Dikhuatiri gaji minimum akan menjejaskan industri IKS negra.
Dianggarkan bagi tahun 2012 sihingga 2014, gaji minimum RM800 dan RM900 akan menyumbang kepada hamper 0.5 peratus penurunan nilai pelaburan. Kesannya ke atas IKS akan lebih ketara. Justeru, undang-undang gaji minimum seharusnya mengambil kira prestasi dan kemampuan syarikat dalam kategori ini sebelum ianya diwajibkan ke atas semua syarikat.
Sesetengah struktur gaji swasta juga unik. Misalnya, pemandu lori dibayar mengikut jumlah perjalanan dibuat manakala pekerja tekstil dibayar mengikut hasil keluaran. Kajian lebih terperinci juga perlu dibuat bagi perlaksanaan gaji minimum dalam konteks ini.
Thursday, May 03, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment