It's a good start for a better check and balance in the system. Malaysians are mature now in their political rights. Hope to see improved governance in our system.
Four major factors contributed to BN's slim victory:
1. Weak leadership
2. Noise by Mahathir
3. The Anwar factors
4. 'Media communism' by BN
My concern is with the Malays. With this new political landscape, Malays need new strategies to re-organise and move forward stronger. Only weak Malays will grief at UMNO's current misfortune. Fortunately, there are more Malays now ready to change and competitively improve themselves.
Full GE-12 results
Read story:
Malaysia's election
Political tsunami?
Mar 10th 2008 KUALA LUMPURFrom Economist.com
A threat to the prime minister
Monday, March 10, 2008
Friday, February 29, 2008
Asian Godfather
Business in South-East Asia
The tigers that lost their roar
Feb 28th 2008 BANGKOK AND KUALA LUMPURFrom The Economist print edition
Other emerging economies are producing world-class companies by the dozen. Why aren't the countries of South-East Asia
Review:
Asian Godfathers: Money and Power in Hong Kong and South-East Asia by Joe Studwell

Thursday, February 07, 2008
Islamic Personal Finance
Hidup Kaya Tanpa Riba is now available!
Buku yang mengungkap persoalan membina kekayaan menurut perspektif Islam dalam konteks kita yang hidup dan mendepani cabaran abad ke-21. Buku ini juga menghuraikan konsep-konsep seperti kaya, rezeki, zuhud dan kepentingan mengingati mati sebagai dorongan motivasi buat pembacanya mengejar kekayaan dunia tanpa mengabaikan kejayaan di akhirat.Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada perspektif Islam? Bagaimanakah perkara ini berbeza dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi konvensional? Mengapakah kita, terutamanya umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi secara Islam? Adakah perkara ini mampu dilaksanakan dalam konteks ekonomi Malaysia pada masa kini?Ini adalah antara persoalan-persoalan yang dirungkai dalam buku ini bagi memberikan kefahaman asas dalam hal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada kaca mata Islam. Buku ini menghuraikan beberapa persoalan pokok dan strategi-strategi asas berkaitan dengan tajuk ini.Ilmu berkaitan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi adalah penting untuk semua. Malangnya, pendedahan berkenaan dengan kemahiran ini kurang ditekankan. Ataupun dapat dikatakan ia tidak diajar secara formal dalam sistem pendidikan kita. Akibatnya, ramai yang menjadi hamba kepada wang dan harta kekayaan dunia.Lebih kritikal lagi apabila penulisan berkaitan dengan soal pengurusan kekayaan dan kewangan perinadi secara Islam begitu sukar didapati terutamanya dalam bahasa Melayu. Menyedari majoriti orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam dan tahap literasi masyarakat dalam bidang ini begitu penting dipertingkatkan, buku ini diharap dapat memberi kefahaman asas dalam bidang ini. Selain itu, buku ini juga diharap dapat membuka jalan yang lebih luas kepada banyak lagi penulisan berkaitan dengan persoalan ini pada masa hadapan.Semoga buku kecil ini mampu merangsang kesedaran masyarakat dalam soal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi secara Islam. Ini penting dalam usaha kita meningkatkan lagi kedudukan ekonomi ummah. Pada masa yang sama, kita mencapainya selaras dengan kehendak syariat Islam.

Thursday, January 24, 2008
Friday, January 18, 2008
Episod Mengejar, Dikejar Hutang
KEHIDUPAN pada zaman ini membawa seribu satu cabaran kepada kita. Dalam hidup berkeluarga, tuntutan keperluan dan kehendak dalam mengecapi nikmat hidup seperti yang dinikmati oleh orang lain ada kalanya memaksa kita untuk berhutang.
Kita berhutang untuk membeli rumah, kenderaan, perabot, pakaian, pelajaran dan untuk segala perkara yang asalkan ia boleh dihutangi. Sering kita tidak sempat memikirkan, sama ada kita mampu membayar ataupun tidak, kerana yang penting bagi kita ialah untuk mencapai segala yang diingini dengan segera. Berhutang memungkinkan segalanya. Soal bayaran merupakan perkara kemudian.
Sukar kita percaya jika ada seseorang yang mendakwa yang dia tidak mempunyai hutang. Kaya atau miskin, kedua-dua golongan ini mudah terjerat dalam kancah belenggu hutang.
Si kaya merupakan golongan yang paling senang berhutang kerana pemiutang (terutamanya institusi kewangan) tahu bahawa golongan ini mampu menjelaskan hutang berserta faedahnya tanpa banyak masalah.
Golongan ini biasanya ditawarkan pelbagai akses kemudahan kredit seperti overdraf, kad caj dan pelbagai lagi. Bagi institusi kewangan, golongan ini tidak seharusnya dibiarkan tanpa hutang kerana mereka merupakan lubuk utama perolehan pendapatan institusi kewangan.
Buat si miskin, golongan ini berhutang kerana desakan hidup. Mereka biasanya sangat-sangat memerlukan akses untuk kredit, tetapi sering sukar mendapat hutang kerana persepsi bakal si pemiutang yang kurang meyakini akan kemampuan bayar balik si miskin.
Di sini jelas wujudnya diskriminasi berdasarkan status. Si kaya yang sepatutnya tidak memerlukan hutang terus disogok dan dihulur dengan pelbagai kemudahan kredit/hutang. Kadangkala golongan ini tidak perlu memohon, sebaliknya mereka dirayu agar membuat hutang.
Sebaliknya, si miskin yang melarat dinafi pula keperluan untuk mendapatkan akses kredit. Mereka tidak dilayan kerana golongan ini dilihat berisiko tinggi tidak dapat melunaskan bayaran hutang kelak.
Prejudis ini wujud berikutan sikap institusi kewangan yang terlalu memikirkan soal untung. Hal kemanusiaan bukanlah pertimbangan utama institusi kewangan.
Dalam kedua-dua gambaran yang dibincangkan ini, jelas kepada kita bahawa kedua-dua golongan tetap akan tersepit dan terjebak dalam kancah hutang.
Si kaya yang terus disogok dengan hutang pasti akan terus-menerus berhutang. Manakala si miskin pula, meskipun sukar mendapatkan hutang daripada institusi kewangan, mereka tetap akan berhutang dari sumber-sumber lain seperti kawan atau Ah Long.
Lantaran dek kemiskinan, mereka akan lebih terjerat dengan beban hutang terutamanya jika kadar riba yang dikenakan adalah tinggi.
Begitulah hakikat kehidupan pada masa kini. Hutang mengejar kita atau kita juga mengejar hutang.
Dalam episod kejar-mengejar ini, si penghutang biasanya senang tersungkur. Ada kalanya si pemiutang juga boleh tersungkur seperti apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dalam kancah kredit subprima sekarang.
Published in Utusan Malaysia, Jan 19, 2008

Monday, December 31, 2007
Ayah (1949-2007)
Ini coretan duka seorang anak yang tidak bersama ketika pemergian ayahnya…
Dulu ayah sambut
kelahiranku
Tapi semalam aku tidak mengiringi jenazahnya
Aduhai...
sedihnya hati tak terperi...
tak kala ayh pergi
tak dapat aku bersama mengabadikan ayahanda tercinta...
Hatiku sedih
hatiku pilu…
merah mawar padaku lesu
ku jerit pada dada laut hiba hatiku
namun hatiku masih menangis…
mengenang kasih ayah
kasih yang selembut cahaya purnama
yang kini hanya tinggal kenangan
dalam dasar sanubari seorang anak di perantauan
Aku menangis lagi..
Ayah telah pergi selamanya…
Tak perlu aku cari kerana
ayah tak akan ku temui bila aku pulang nanti
Untuk ayah…
hanya doa dan air mata
Ya Allah,
Tuhan yang hidup selamanya
kupohon rahmat dan kasih Mu untuk ayahku...
kasihanilah ayah sepertimana ayah mengasihaniku dahulu
ayah tak pernah kecewakan hajatku,
maka Kau penuhilah hajatnya agar diampun dosanya,
luas dan terangilah kuburnya,
jadikanlah tempat ayahku bersemadi sebagai taman-taman syurga
terimalah amal baiknya,
sedekah jariahnya,
kasih ikramnya...
dan jadikanlah segala amalan kami anak-anaknya
Kau terima sebagai amalan anak-anak yang soleh.
Ku pohon ampun buat ayahku,
kupohon kasihMu ya Rahman, ya Rahim,
Tuhan yang tidak mati dan hanya Kau yang kekal abadi..
Mohd Arshad Anoh passed away on 21 Zulhijjah 1428/31 Disember 2007

Sunday, November 11, 2007
Unit Pricing
Unit pricing is the way how we can help consumers to make a better buying decision.
Supermarket price buster
Supermarket price buster
Thursday, November 01, 2007
The Myth of Malaysia's Miracle
From time to time we need to re excess our economy. May be this article can be one of our reference point:
The Myth of Asia's Miracle
Paul Krugman
The Myth of Asia's Miracle
Paul Krugman
Wednesday, October 31, 2007
Sunday, October 14, 2007
Nilai Beraya di Kampung
This article was published on a day before AIdilfitri 1428. I was in Tasmania - Nilai beraya di kampung
Saturday, September 29, 2007
CIMB Needs to Improve Its Customer Service
I called CIMB branch in Tmn Melawati (03-22956100) on 29th Sept 07 just to know how much I have to pay for my car insurance and road tax (grant is with them). The person who answered sounded very unfriendly and told me that the grant was already ransgered to Wisma Nusantara, KL.
She gave this no 03-20581188 and after several times trying, I got through just to be asked to call this no 03-20552187. Several times trying, I got through and the girl at the end of the line again was very unfriendly and directed me to call this no 03-20552034. No one picked up the line.
By the way, I called from Australia for this and I really need their assistance.
Clearly, the CIMB management needs to see this matter seriously as your operational workers need more trainings on hospitality. It’s ashamed to see big corporate like CIMB is poor on the basic of doing business. You want my mney but you don’t provide good services to me…

Tunduk Kehendak Tuhan
This article was published in Utusan on 26th Sept 2007 with a lot of ammendments.
This is the full version:
Salam perantau merupakan ruangan hangat musim perayaan terutamanya bagi mereka yang berada di luar negara untuk menyampaikan salam rindu dan salam Aidilfitri kepada keluarga dan kenalan di tanahair. Bukan setakat itu sahaja, salam yang disampaikan merupakan tanda ingatan terhadap tanah tumpah darah tercinta. Anak-anak Malaysia bertebaran di serata dunia dengan pelbagai tujuan dan misi. Berpisah dengan keluarga, rakan-taulan dan tanahair tercinta adalah pengorbanan yang dibuat kerana ingin melihat nusa menjadi sebuah negara yang lebih hebat suatu masa kelak.
Berhijrah mencari ilmu, bekerja, menyertai misi keamanan dan pelbagai lagi yang dilakukan anak Malaysia, semuanya merupakan proses membina modal insan dan modal sosial negara.
Kini, kemudahan teknologi telekomunikasi dan maklumat (ICT) memudahkan perhubungan. Di mana sahaja kita berada, berita Malaysia mudah diperolehi. Mungkin perkara ini tidak dikecapi mereka yang berada di luar negara sebelum zaman Internet.
Selaku anak rantau, melihat Malaysia dari kejauhan sememangnya berbeza dari melihatnya di tanahair sendiri. Melihatkan berita-berita jenayah yang saban hari begitu menggusarkan jiwa, kita terfikir mengapakah dalam kesungguhan kita memajukan Malaysia dengan ‘acuannya sendiri’, adakah kita sudah tersilap acuan?
Cerita kehilangan kanak-kanak, pembunuhan, rogol, dadah, rompak bersenjata dan pelbagai lagi jenayah berat yang kerap muncul di dada media massa terus menimbulkan persoalan kemelut kemasyarakatan.
Hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara indah yang mewah. Saban tahun, bajet negara yang dibentangkan terus berusaha membela kebajikan rakyat. Gaji dinaikkan, pendidikan diberikan, taraf kesihatan dipertingkatkan, kualiti alam giat dipulihara, insentif untuk rakyat memajukan diri terus disua; namun, mengapakah perkara yang tidak kita ingini masih terus terjadi?
Tidak cukup dengan cerita jenayah, kehilangan jiwa rakyat Malaysia di jalan raya juga membimbangkan. Bila tiba musim perayaan, angka korban tidak pernah menunjukkan pengurangan. Had laju diawasi, namun jiwa kita apabila di jalan raya tidak lagi menghiraukan orang lain. Betapa Malaysia kehilangan sumber kekuatannya setiap kali ada jiwa melayang di jalan raya. Bukankah perkara ini dapat dielakkan jika kita bersikap lebih bertimbang rasa?
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri; lebih baik di negara sendiri. Itu mungkin kata-kata dari anak rantau Malaysia suatu masa dahulu. Kata-kata itu tetap sama dalam jiwa anak rantau Malaysia sekarang. Bezanya, Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaannya tidak lagi berhujankan batu kerana kita dihujani intan permata, sehinggakan ramai orang luar sanggup menjadi anak rantau di tanahair kita.
Sebagai anak rantau, saya gembira melihat intan permata yang menghujani Malaysia. Semoga Malaysia terus dihujani intan permata dan alangkah baiknya jika kita melangkah setapak lagi dengan lonjakan paradigma berganda – membina sikap budiman terpuji. Yang utama hanyalah satu; melihat masyarakat Malaysia benar-benar berjiwa merdeka. Merdeka dalam erti kata tunduk dengan kehendak Ketuhanan.
Hanya dengan ini rasa aman dan selamat akan wujud dan kkewujudannya terjamin. Ia dating bila mana setiap jiwa punya rasa tanggungjawab terhadap Tuhannya, lantas tidak lagi menyakiti jiwa lain untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri. Dalam erti kata lain, keperluan masyarakat menjadi keutamaan, manakala kepentingan sendiri dikemudiankan.

Wednesday, August 08, 2007
Brain-drain and muscle-gain
When intelligent people leave a country and less educated migrants come in, we better think of some strategies to stop this.
A case to consider:
Skilled Workers Deserve True Visa Reform
from BusinessWeek Online -- Most Popular Stories
The programs for bringing foreign workers to the U.S. are deeply flawed. They're driving down wages and discouraging Americans from pursuing high-tech careers.

Saturday, June 16, 2007
1st class wet market
Yes Johan Jaafar is correct to say that we need to improve our wet market to meet the status of a modern Malaysia. Not just that, I've wrote before that the place we call home also must be upgraded. House and office buildings in Malaysia are of different quality. We have first class office buildings but majority of us stay in houses poorly built and fail to consider the well-being of the people.
History revised
The Federation of Malaya became an independent nation on Aug 31, 1957.
Tunku Abdul Rahman Putra, the first prime minister, proclaimed:

"...The time has now arrived when the people of the ersekutuan Tanah Melayu will assume the status of a free, independent and sovereign nation among the nations of the world and ... a onstitution for the government of the Persekutuan Tanah Melayu has been established as the supreme law thereof and
provision is made to safeguard the rights and prerogatives of their highnesses the rulers and the rights and liberties of the people and to provide for the peaceful and orderly advancement of the Persekutuan Tanah Melayu as a constitutional monarchy based on parliamentary democracy...."Read:
Friday, June 15, 2007
Thursday, June 14, 2007
Wealth of nation and well-being of people
Wealth of nation if measured in term of material figures alone will miss out the well-being of the people. This is what is happening in Japan. We don't want this to happen to our country.
The Rise of Japan’s Lazy Youth
from Newsweek International Editions - Top News
Once dismissed as lazy youth, Japan's army of the underemployed are starting to demand more work.

Wednesday, June 13, 2007
Corporate Malaysia
Q107 Corporate Malaysia
First quarter report card
It was a good beginning for corporate
Malaysia, which came in with positive results in the first quarter of 2007, writes OSK INVESTMENT RESEARCH.
e-Govt
How we deal with government agencies in ten years to come? I believe the Internet will be the mainstream channel. A lot of delivery issues could be resolved if today we invest seriously in improving our nation's inter net infrastructure. Going forward, improving the Internet infrastructures should be the main fiscal spending done by the government.
Thursday, May 31, 2007
Proton
Challengers facing Proton:
- Saturated car market in Malaysia. Ratio of adults to car at 2.4:1
- Intense domestic competition
- Perception of consumers especially on Proton's quality though the post-Gen2 models have shown great improvement
- Political intervention
- Need to consider wide spectrum of stakeholders
Suggestions:
- Diversify into other industries
- Tap the new markets
- Promotion, promotion, promotion (seldom seen Proton's ad on tv)
- Quality control esp the vendors
- Give Proton greater autonomy
- Proton cannot please everybody. It's either business or....
News on Proton:
Subscribe to:
Posts (Atom)