Saturday, September 29, 2007

CIMB Needs to Improve Its Customer Service

I called CIMB branch in Tmn Melawati (03-22956100) on 29th Sept 07 just to know how much I have to pay for my car insurance and road tax (grant is with them). The person who answered sounded very unfriendly and told me that the grant was already ransgered to Wisma Nusantara, KL.

She gave this no 03-20581188 and after several times trying, I got through just to be asked to call this no 03-20552187. Several times trying, I got through and the girl at the end of the line again was very unfriendly and directed me to call this no 03-20552034. No one picked up the line.

By the way, I called from Australia for this and I really need their assistance.

Clearly, the CIMB management needs to see this matter seriously as your operational workers need more trainings on hospitality. It’s ashamed to see big corporate like CIMB is poor on the basic of doing business. You want my mney but you don’t provide good services to me…

Tunduk Kehendak Tuhan

This article was published in Utusan on 26th Sept 2007 with a lot of ammendments.

This is the full version:

Salam perantau merupakan ruangan hangat musim perayaan terutamanya bagi mereka yang berada di luar negara untuk menyampaikan salam rindu dan salam Aidilfitri kepada keluarga dan kenalan di tanahair. Bukan setakat itu sahaja, salam yang disampaikan merupakan tanda ingatan terhadap tanah tumpah darah tercinta. Anak-anak Malaysia bertebaran di serata dunia dengan pelbagai tujuan dan misi. Berpisah dengan keluarga, rakan-taulan dan tanahair tercinta adalah pengorbanan yang dibuat kerana ingin melihat nusa menjadi sebuah negara yang lebih hebat suatu masa kelak.

Berhijrah mencari ilmu, bekerja, menyertai misi keamanan dan pelbagai lagi yang dilakukan anak Malaysia, semuanya merupakan proses membina modal insan dan modal sosial negara.

Kini, kemudahan teknologi telekomunikasi dan maklumat (ICT) memudahkan perhubungan. Di mana sahaja kita berada, berita Malaysia mudah diperolehi. Mungkin perkara ini tidak dikecapi mereka yang berada di luar negara sebelum zaman Internet.

Selaku anak rantau, melihat Malaysia dari kejauhan sememangnya berbeza dari melihatnya di tanahair sendiri. Melihatkan berita-berita jenayah yang saban hari begitu menggusarkan jiwa, kita terfikir mengapakah dalam kesungguhan kita memajukan Malaysia dengan ‘acuannya sendiri’, adakah kita sudah tersilap acuan?

Cerita kehilangan kanak-kanak, pembunuhan, rogol, dadah, rompak bersenjata dan pelbagai lagi jenayah berat yang kerap muncul di dada media massa terus menimbulkan persoalan kemelut kemasyarakatan.

Hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara indah yang mewah. Saban tahun, bajet negara yang dibentangkan terus berusaha membela kebajikan rakyat. Gaji dinaikkan, pendidikan diberikan, taraf kesihatan dipertingkatkan, kualiti alam giat dipulihara, insentif untuk rakyat memajukan diri terus disua; namun, mengapakah perkara yang tidak kita ingini masih terus terjadi?

Tidak cukup dengan cerita jenayah, kehilangan jiwa rakyat Malaysia di jalan raya juga membimbangkan. Bila tiba musim perayaan, angka korban tidak pernah menunjukkan pengurangan. Had laju diawasi, namun jiwa kita apabila di jalan raya tidak lagi menghiraukan orang lain. Betapa Malaysia kehilangan sumber kekuatannya setiap kali ada jiwa melayang di jalan raya. Bukankah perkara ini dapat dielakkan jika kita bersikap lebih bertimbang rasa?

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri; lebih baik di negara sendiri. Itu mungkin kata-kata dari anak rantau Malaysia suatu masa dahulu. Kata-kata itu tetap sama dalam jiwa anak rantau Malaysia sekarang. Bezanya, Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaannya tidak lagi berhujankan batu kerana kita dihujani intan permata, sehinggakan ramai orang luar sanggup menjadi anak rantau di tanahair kita.

Sebagai anak rantau, saya gembira melihat intan permata yang menghujani Malaysia. Semoga Malaysia terus dihujani intan permata dan alangkah baiknya jika kita melangkah setapak lagi dengan lonjakan paradigma berganda – membina sikap budiman terpuji. Yang utama hanyalah satu; melihat masyarakat Malaysia benar-benar berjiwa merdeka. Merdeka dalam erti kata tunduk dengan kehendak Ketuhanan.

Hanya dengan ini rasa aman dan selamat akan wujud dan kkewujudannya terjamin. Ia dating bila mana setiap jiwa punya rasa tanggungjawab terhadap Tuhannya, lantas tidak lagi menyakiti jiwa lain untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri. Dalam erti kata lain, keperluan masyarakat menjadi keutamaan, manakala kepentingan sendiri dikemudiankan.