Saturday, June 14, 2008

Bersikap Profesionallah

Penarikan royalti minyak Terenganu (semasa Pas) dan pemberian balik royalti (semasa BN) melambangkan sistem federalisme Malaysia tidak profesional. Politik terlalu menjadi kaedah urus tadbir dibuat sehingga perlembagaan/sistem yang telah sedia wujud tidak lagi dihormati.

Sepatutnya, tidak kiralah siapa sahaja yang mentadbir sesebuah negeri, asalkan pemimpin telah dipilih melalui proses yang luhur, kerajaan pusat perlu profesional dalam urus tadbirnya. Kita bercakap soal integriti sistem di sini, soal masa depan negara, bukan soal survival politik satu-satu parti.

Apa yang dibuat tidak boleh dikira polisi di sini, tetapi lebih layak dipanggil sebagai pilih kasih. Sedih melihat kita di bawah satu Bendera, tetapi ada negeri dianaktirikan semata-mata kerana berlainan politik dengan Persekutuan. Dan dalam menganaktirikan negeri yang tidak sama parti dengan Persekutuan, Persekutuan sanggup menodai perlembagaan/sistem yang telah sedia ada. Kita risau apabila sistem yang kita sama-sama bina tidak dihormati dan begitu senang dinodai oleh kita sendiri, jangan haraplah orang asing hendak menghormati kita.

No comments: